Tuesday, January 10, 2012

Pakej Fotografi Perkahwinan - PAKEJ LILY







salam kawan2...apa kabar hari ini..? kami doakan moga semua sehat dan ceria disamping keluarga tersayang ya..

ok petang ini ada kelapangan sedikit so kami akan masukkan beberapa pakej fotografi perkahwinan yang kami tawarkan.

Pakej Lily

Harga : RM 750.00
120 keping - 4R + Gambar Kreatif
6 keping - 8R
Story Book
Album
Frame 8R

hubungi kami untuk keterangan lanjut ya kawan2 Yatie (017- 607 8631) @ Lina di talian (017- 694 5400)


Friday, December 30, 2011

Pakej Fotografi Perkahwinan










Terdapat beberapa pakej fotografi perkahwinan yang kami tawarkan dari serendah RM 750 ++ sehinggalah ke pakej RM 2000 ++. Tawaran harga yang kami berikan kepada pelanggan adalah terbaek dan paling istimewa di pasaran. Pasti anda teruja dengan tawaran hebat kami ini. 

Alhamdullilah sepanjang karier kami sebagai "Wedding Photographer" di negeri Melaka ini, ramai yang berpuas hati dan sangat gembira dengan perkhidmatan terbaek yang kami berikan. Dan sememangnya sangat berbaloi dengan harga kami..!

Pakej2 kami adalah seperti berikut:-

1) Pakej Lily - RM 750.00
2) Pakej Rose - RM 1,580.00
3) Pakej Studio - RM 2, 499.00
4) Pakej Bertandang/ Bertunang - RM 299.00
5) Pakej Promosi 2011 - RM 1,799.00

Bagi yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang pakej2 di atas bolehlah hubungi HOTLINE kami di talian 017- 694 5400 (Lina) @ 017- 607 8631 (Yatie)

p/s insyaAllah kami akan bersambung dengan butiran pakej2 di atas ya esok hari ...









Artikel pilihan : Potret di lokasi luar


salam kawan2..


dah tidor ker..? hehe
belom lagi kan...? terima kasih kepada yang masih berkunjung ke blog kami ini...ok seperti yang kami janjikan kami akan sajikan kpd para pembaca/ pengunjung blog ini dengan tips2 menarik berkaitan fotografi dari photographer2 tersohor tanahair. 


so bagi peminat bidang fotografi datanglah selalu melawat kami ya... insyaAllah kita boleh saling mengenali dan bertukar2 fikiran, pandangan dan pengalaman masing2... 


oh ya bagi yang belom add facebook kami, silalah add.. "segalanya bermula di sini..." dan insyaAllah perkenalan kita semua pon bermula disini, di blog ini dan di facebook kami. 


insyaAllah dari masa ke semasa kami akan teruskan penulisan tips2 fotografi yang lebih menarik lagi...



BLOG ARKIB – Potret di Lokasi Luar
Oleh Hasnuddin Abu Samah untuk FOTOTEACHER.COM

(Telah diubahsuai dari entry asal di blog FOTOTEACHER bertajuk “Potret di Lokasi Luar”– 7 April 2009)
Gambar ini saya rakam di sebuah sungai di Kuala Selangor. Gambar ini tidaklah sehebat mana. Namun, di sini, saya ingin kongsikan sedikit cerita di sebalik pembikinan gambar ini.
Sebenarnya, saya tidak dapat 100% apa yang saya inginkan dari sesi fotografi ini. Namun, inilah gambar terbaik yang saya terpaksa pilih. Sebenarnya, gambar ini dirakam jauh di tengah sungai. Namun, saya kesal kerana hasil gambar ini tidak menunjukkan sedemikian.
Masalah utama saya di sini ialah arus sungai yang agak deras yang menyebabkan sampan yang dinaiki pasangan ini sering dibawa arus ke tempat yang tidak sepatutnya. Sebenarnya, krew yang terlibat untuk sesi fotografi ini terdiri dari 7 orang. Krew yang terlibat ialah: Saya sebagai jurugambar, seorang koordinator (menyelaras lokasi, makanan, props, tatarias dan sebagainya), seorang pembantu jurugambar, seorang Lighting Man, seorang Assistant Lighting Man, seorang pendayung sampan dan seorang pemandu bot enjin. Kami menggunakan 2 buah sampan dan sebuah bot enjin. Saya memerlukanLighting Man kerana pada asalnya, saya bercadang untuk merakam gambar menggunakan flash di waktu gelap senja, tapi, arus sungai terlalu deras pada waktu itu, lalu rancangan tersebut dibatalkan.
Sehari sebelum penggambaran, kami terlebih dahulu membuat tinjauan atau recce di sekitar Kuala Selangor. Kami mencari lokasi sungai yang sesuai, jeti, bot untuk disewa dan yang paling penting sekali – sampan tradisional! Setelah puas mencari, kami berjaya juga menjumpai tuan punya sampan yang sudi menyewakan sampannya.  Kemudian, kami mencari beberapa props yang sesuai seperti lampu minyak tanah dan mangkuk tingkat di pekan berhampiran.
Beberapa minggu sebelum itu, saya telah memcari idea konsep penggambaran dan membuat lakaran idea mengenai sesi fotografi ini. Setelah berbincang dengan subjek saya, mereka bersetuju dengan idea tersebut. Kemudian, kami berbincang pula tentang pakaian yang sesuai untuk penggambaran ini.
Kesimpulannya, untuk mendapatkan gambar yang kita inginkan, kadangkala memerlukan perancangan dan persediaan yang  rapi. Untuk tugasan ini, 80% masa terlibat adalah untuk persediaan, cuma 20% masa digunakan untuk penggambaran dan suntingan gambar.
sumber: Hasnuddin Abu Samah untuk @FOTOTEACHER.COM

kad kahwin 25 sen sahaja!










Perkhidmatan yang paling popular di kedai kami adalah tempahan membuat kad perkahwinan. Ya mungkin kerana kami juga adalah "Wedding Photographer" so sekaligus bakal2 pengantin akan menempah kad2 kahwin dengan kami..hehe.. dipakejkan sekali kan...!

Design2 yang kami buat biasanya kami padankan dengan cita rasa pelanggan2 dan juga dengan trend terkini pasaran @ kehendak semasa. Tidak dinafikan design2 kad kahwin nih ada musim2 jugak. Kalau musim flora ramai pengantin suka kad kahwin mereka mengikut atau berkonsepkan flora dan design2 nih biasanya bertukar ganti mengikut musim. Tapi anda tidak perlu risau, sekiranya anda pening dan tidak tahu design kad yang bagaimana anda perlukan DATANG saja ke kedai kami di taman pertam jaya, semabok, melaka.

Terdapat banyak sampel2 kad kahwin dengan design2 yang sangat cantek dan menarik untuk anda lihat dan buat pilihan! Kami akan syorkan kepada anda design2 yang popular yang paling diminati para bakal mempelai.

InsyaAllah kami akan updatekan lagi sampel kad2 kahwin di masa akan datang...

Wednesday, December 28, 2011

Harga serendah RM15







Dengan tawaran harga serendah RM15 pasti ibu bapa tidak mahu melepaskan peluang ini. Datang ya kawan2 ke kedai kami di Tesco, Melaka dan di taman pertam jaya, semabok, Melaka.



new (7) 559
Hakmilik perniagaan/ syarikat Serkam Aman Enterprise.
33 photos | 0 views | Add a comment?
items are from 17 Dec 2011.
new (7) 559
new (7) 560
new (7) 561
new (7) 562
new (7) 564
new (7) 565
new (7) 566
new (7) 567
new (7) 569
new (7) 570
new (7) 571
new (7) 572
new (7) 573
new (7) 574
new (7) 575
new (7) 577
new (7) 578
new (7) 579
new (7) 580
new (7) 581
new (7) 582
new (7) 583
new (7) 584
new (7) 585
new (7) 586
new (7) 587
new (7) 588
new (7) 589
new (7) 590
new (7) 591
new (7) 592
new (7) 593
new (7) 594
Subscribe to a feed of stuff on this page...Feed – Subscribe to the set "Kedai kami di Tesco, Melaka."