Wednesday, December 28, 2011

Selamat Datang Ke Laman Blog Kami!













Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada para pengunjung dan pembaca blog ini,

Apa khabar anda semua? Kami doakan moga anda semua sentiasa bahagia ceria bersama keluarga tersayang anda. Telah lama kami bercadang untuk mewujudkan sebuah blog bagi mempromosikan produk2 dan perkhidmatan syarikat kami, baru sekarang ada kesempatan untuk melakukannya. 

Alhamdullilah akhirnya lahirlah sebuah blog yang tidak seberapa ini untuk tatapan anda semua. Dan insyaAllah kami akan kemaskinikan dari masa ke semasa aktiviti2 terkini kami dan produk2 terbaru kami. 

Gesaan dari teman2 facebook kami akhirnya terjawab juga ya, ramai yang mencadangkan kepada kami untuk  membina sebuah blog yang simpel supaya mereka dapat mengikuti perkembangan perniagaan kami. Di sini kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih dan setinggi2 penghargaan kepada semua kawan2 yang menyokong kami selama ini. Dan kepada pelanggan2 kami terima kasih tak terhingga dari kami di sini.

Seperti yang ramai ketahui syarikat kami menyediakan perkhidmatan Wedding Photography di negeri Melaka ini. Dan baru-baru ini alhamdullilah kami melangkah kehadapan sedikit dan sekarang kami juga ada menjual pakaian kanak-kanak berjenama, 

Di kedai kami di taman pertam jaya terdapat Digital Photo Studio bagi memberikan servis terbaek kepada pelanggan kami. Dan di kedai ini juga terdapat showroom pakaian kanak-kanak. Sebuah kiosk di Tesco, Melaka baru sahaja kami buka. Alhamdullilah syukur ke hadrat Ilahi pernigaan kami semakin mendapat sambutan daripada masyarakat setempat. 

Bagi yang belom datang ke kedai kami singgahlah ya... 

sekian terima kasih dan berjumpa lagi...

No comments:

Post a Comment